Laman Web CTM Telah Dikemas Kini! Ahli sedia ada, sila tetapkan semula kata laluan sebelum log masuk. Pengunjung baharu, sila daftar akaun. Maklumat Lanjut
Perjanjian Lesen Perisian
[Sila baca dengan teliti perkara berikut sebelum mengklik butang “ACCEPT” di bawah.]
Sekiranya mana-mana Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, termasuk tanpa had,
GNU General Public License ("EULA"), dipaparkan semasa proses pemasangan (wizard pemasangan), EULA tersebut akan mengatasi perjanjian berikut.
*Perjanjian berikut berkuat kuasa untuk perisian yang dimuat turun daripada perkhidmatan dalam talian Pendidikan CASIO.
Perjanjian Lesen Perisian
PERJANJIAN LESEN PERISIAN dengan memuat turun perisian ini, ANDA TELAH BERSETUJU dengan syarat-syarat Perjanjian Lesen ini.
1. Lesen
Program perisian daripada laman web berpautan (“Perisian”) dilesenkan kepada anda oleh CASIO COMPUTER CO., LTD. (“CASIO”) untuk digunakan semata-mata tertakluk kepada terma-terma Perjanjian Lesen ini.
2. Sekatan
Anda tidak dibenarkan melakukan kejuruteraan songsang, menyahkompilasi, menyahpasang, atau menghasilkan karya terbitan daripada Perisian tersebut.
Anda tidak dibenarkan memasang Perisian ini pada pelayan rangkaian.
Anda tidak dibenarkan memasarkan, mengedarkan, menyewakan, menyerahkan, meminjamkan atau memindahkan salinan Perisian, atau memindahkan Perisian tersebut secara elektronik daripada satu komputer ke komputer lain melalui rangkaian.
3. Hak Cipta
Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perisian ini dilindungi hak cipta dan tertakluk kepada undang-undang hak cipta.
4. Penafian Waranti
PERISIAN INI DISEDIAKAN “SEADANYA”, TANPA SEBARANG WARANTI KEBERDAGANGAN, TANPA PELANGGARAN HAK, ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.
CASIO tidak memberi sebarang jaminan bahawa Perisian ini bebas daripada pepijat, ralat, atau had program yang lain.
5. Had Liabiliti
CASIO tidak akan dalam apa jua keadaan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian secara langsung, tidak langsung, khas, berbangkit atau sampingan yang timbul daripada sebarang kecacatan, ralat atau peninggalan dalam Perisian atau daripada apa-apa peristiwa lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang gangguan perkhidmatan, kehilangan perniagaan, kehilangan keuntungan atau muhibah, tindakan undang-undang atau sebarang kerugian berbangkit yang lain.