Laman Web CTM Telah Dikemas Kini! Ahli sedia ada, sila tetapkan semula kata laluan sebelum log masuk. Pengunjung baharu, sila daftar akaun. Maklumat Lanjut
Program Ahli Guru CASIO (CTM) direka khas untuk menyokong guru dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.
Setelah menjadi Ahli Guru CASIO (CTM), guru akan mendapat akses sepenuhnya kepada pelbagai faedah dan sokongan, seperti bahan pengajaran, aplikasi teknologi terkini dan banyak lagi bagi membantu meningkatkan pengalaman pengajaran serta menyokong aktiviti PdP di dalam bilik darjah.
Faedah Utama Menjadi Ahli Guru CASIO (CTM)
Lesen Emulator Percuma
Ahli Guru CASIO (CTM) boleh mendapatkan lesen emulator kalkulator saintifik berasaskan web melalui ClassPad.net secara percuma selama setahun untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Bahan Pembelajaran Mengikut Kurikulum Malaysia
Guru boleh mendapatkan bahan pengajaran dan panduan penggunaan kalkulator saintifik yang disesuaikan dengan silibus dan kurikulum Malaysia, merangkumi peringkat sekolah menengah hingga institusi pengajjan tinggi.
Maklumat Terkini Melalui E-mel
Guru akan menerima maklumat secara terus daripada CASIO melalui e-mel secara berkala, termasuk aktiviti, program, bahan pengajaran dan maklumat terkini berkaitan CASIO.
Bengkel Penggunaan Kalkulator
Pegawai dan guru boleh membuat permohonan untuk mengadakan bengkel penggunaan kalkulator saintifik yang melibatkan murid dan guru. Bengkel ini memberi pendedahan secara praktikal tentang penggunaan kalkulator berdasarkan silibus dan kurikulum Malaysia, bagi membantu meningkatkan kemahiran serta keyakinan dalam penggunaan kalkulator semasa PdP.