Laman web ini ditujukan untuk pendidik dan profesional pendidikan

Sila pilih kategory berdasarkan pekerjaan anda untuk mengakses laman web yang sesuai

Guru, pendidik dan profesional pendidikan

Pelajar dan pengunjung lain

Lawati Portal Produk CASIO
Skip to content

Apakah Keberkesanan Kalkulator Saintifik?

Mengintegrasikan Masalah Kehidupan Sebenar ke dalam Pembelajaran dengan Mudah

Dengan menggunakan kalkulator saintifik, pengiraan yang melibatkan nombor dan situasi kehidupan sebenar yang kompleks dapat dilakukan dengan lebih mudah. Ini membolehkan pelbagai masalah dunia sebenar diterapkan dalam proses pembelajaran, sekali gus membantu pembelajar memahami dengan lebih mendalam hubungan antara mata pelajaran dan kehidupan harian. Hasilnya, pendekatan ini dapat membangkitkan rasa ingin tahu pembelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Menyokong Pembelajaran yang Berfokuskan Proses Pemikiran

Kalkulator saintifik membantu meneroka konsep Matematik dan mengurangkan masa pengiraan, sekali gus membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada proses pemikiran dalam pembelajaran mereka. Hasilnya, pelajar dapat membangunkan kemahiran bernilai yang diperlukan dalam dunia masa kini seperti pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah.

Contoh Cara Menggunakan Kalkulator Saintifik dengan Berkesan

1. Membolehkan Pengiraan Kompleks untuk Aplikasi Dunia Sebenar

Soalan: Kira ketinggian sebenar sebuah menara.

Ketinggian menara ialah 634 m.​

Soalan: Kira kebarangkalian bahawa 2 daripada x orang mempunyai hari lahir yang sama.

Dengan 30 orang, kebarangkalian tersebut mencapai 70%.

2. Pengiraan Statistik Segera untuk Meningkatkan Fokus terhadap Analisis

Soalan: Simulasikan lontaran tiga syiling sebanyak 250 kali dan analisis hasilnya.

Nota: Untuk melihat histogram, anda perlu menjana kod QR dan mengimbasnya menggunakan telefon pintar.

Kebarangkalian yang diperoleh disahkan hampir dengan nilai teori.

Soalan: Kira min dan varians bagi set data (1) dan (2), serta lukiskan rajah serakan.

Min dan varian bagi (1) dan (2)  adalah lebih kurang sama, tetapi trend data adalah berbeza sama sekali.

3. Menyokong Pembelajaran Penerokaan

Soalan: Pertimbangkan jumlah simpanan bagi dua akaun simpanan dengan kadar faedah yang berbeza selepas x tahun.

Jumlah simpanan menjadi terbalik selepas 18 tahun apabila nilai x meningkat.

Soalan: Terokai sama ada takrif nombor Euler (e) benar-benar tepat.

Takrif Nombor Euler (e)

Penerokaan matematik boleh dijalankan dengan memasukkan pelbagai nilai bagi x.

Memasukkan sejumlah nombor yang besar pada x, Nombor Euler(e) dipaparkan.

4. Merangsang soalan lanjutan serta menyokong penyelesaian masalah.

Soalan: Selesaikan persamaan serentak.

Soalan: Mengapakah persamaan dalam (2) tidak mempunyai penyelesaian?

Dua graf dalam (2) adalah selari dan tidak mempunyai sebarang titik persilangan, yang menunjukkan bahawa tiada penyelesaian.

Soalan: Nyatakan nilai-nilai berikut dalam bentuk perpuluhan.

Bagaimanakah nilai berubah apabila bilangan tanda punca kuasa dua meningkat?

Nilai tersebut menghampiri 1 apabila bilangan tanda punca kuasa dua meningkat.

Anda boleh memuat turun bahan pengajaran yang menggunakan kalkulator saintifik di sini.

Bagaimana Kalkulator Saintifik Memberi Kesan Positif terhadap Kemahiran Berfikir Pelajar

Select a location