Laman Web CTM Telah Dikemas Kini! Ahli sedia ada, sila tetapkan semula kata laluan sebelum log masuk. Pengunjung baharu, sila daftar akaun. Maklumat Lanjut
Pernyataan Pendidikan CASIO
Sokong pembelajaran dan tingkatkan rasa ingin tahu anda terhadap pembelajaran
Asal kepada pembelajaran ialah rasa ingin tahu. Daripada rasa ingin tahu lahirnya minat.
Kami percaya bahawa perkara-perkara ini merupakan faktor penting dalam memperkayakan kehidupan anda.
Rasa ingin tahu mendorong anda untuk ingin belajar dengan lebih mendalam.
Dengan mengambil tindakan untuk belajar,
mencapai kesimpulan,
mempelajari sesuatu yang baharu dan menggunakan pengetahuan tersebut,
rasa ingin tahu yang baharu akan terbentuk.
Kami percaya bahawa “rantaian rasa ingin tahu” ini
ialah faktor yang menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Namun begitu, bukan mudah
untuk mengekalkan rantaian ini secara bersendirian.
Kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah dunia
di mana sesiapa sahaja dapat menikmati pembelajaran
dengan memperkukuh sumber kepada pembelajaran itu sendiri, iaitu rasa ingin tahu.
Sejarah Perniagaan Pendidikan CASIO
Di CASIO, kami berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat dengan membangunkan
produk yang masih belum pernah disaksikan oleh dunia, selaras dengan
falsafah korporat kami, iaitu “kreativiti dan sumbangan”.
Kami menerapkan pemikiran yang sama ini dalam perniagaan pendidikan kami,
di mana kami telah menyokong pembelajaran masyarakat
melalui pendigitalan perkara-perkara sejagat,
seperti nombor dan perkataan.
CASIO dan Peranan Pembelajaran
CASIO mentakrifkan hubungan antara kami dan mereka yang
terlibat dalam bidang pendidikan sebagai “tempat pembelajaran”.
Di tempat pembelajaran, kami di CASIO meletakkan diri kami di tempat anda, sama ada anda sedang belajar sekarang atau akan belajar pada masa hadapan, dan membangunkan produk berasaskan teknologi unik dengan tujuan yang jelas serta idea-idea yang asli.