Laman Web CTM Telah Dikemas Kini! Ahli sedia ada, sila tetapkan semula kata laluan sebelum log masuk. Pengunjung baharu, sila daftar akaun.
Pameran Gakuhan BYC dapat menggalakkan minat murid untuk mempelajari subjek STEM dengan cara yang berbeza, di luar bilik darjah. Dengan pendekatan yang lebih interaktif dan visual, pameran ini membolehkan murid meneroka khususnya konsep-konsep matematik melalui aktiviti praktikal, permainan yang menarik yang disediakan oleh pihak CASIO. la memberi peluang kepada murid untuk mengaphikasi fungsi yang terdapat pada kalkulator saintifik, selain boleh meningkatkan pemahaman dan minat mereka terhadap subjek STEM. Pameran ini juga menyediakan platform untuk murid-murid berbincang, bertanya, dan berkongsi pengetahuan, menjadikannya pembelajaran lebih menarik.
Maklumat Pameran
Objektif Program
Meningkatkan pemahaman konsep Matematik: Membantu murid memahami konsep-konsep matematik melalui pendekatan visual dan aplikasi kalkulator saintifik yang lebih mudah difahami.
Mengaplikasikan teknologi yang terdapat dalam kalkulator saintifik: Membolehkan murid menggunakan fungsi yang terdapat pada kalkulator saintifik secara optimum untuk menyelesaikan dan menyemak soalan khususnya subjek matematik.
Menggalakkan minat murid dalam subjek STEM: Menggalakkan minat murid untuk terus menerus mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) melalui aktiviti yang interaktif dan menarik sepanjang pameran dijalankan.
Memperkenalkan aplikasi dunia sebenar: Membantu murid melihat kaitan antara Matematik, alatan teknologi (kalkulator saintifik) dengan mengaplikasi pada kehidupan seharian.
Mendedahkan teknologi terkini: Memperkenalkan peralatan dan teknologi kalkulator saintifik terkini yang boleh digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan.
Tempoh Masa Pelaksanaan Program
Tempoh masa pameran mengikut perbincangan antara pihak Casio dan penganjur.
Pameran ini amat sesuai diadakan semasa bulan Sains dan Matematik, STEM, atau terdapat aktiviti khususnya pada hari akademik tertentu.
Sasaran Peserta Program
- Terbuka kepada semua peringkat yang terdiri daripada pegawai, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid mengikut perbincangan antara pihak Casio dan penganjur.
Kaedah Pelaksanaan Program
Permohonan kepada Pihak Casio: Pihak JPN/PPD atau sekolah perlu membuat permohonan kepada pihak Casio untuk melibatkan Casio dalam penganjuran pameran. Permohonan ini perlu menyatakan objektif pameran serta keperluan yang berkaitan.
Penyediaan Ruangan Pameran: Pihak JPN/PPD atau sekolah bertanggungjawab untuk menyediakan ruangan yang sesuai untuk menjalankan pameran Gakuhan BYC. Ruangan tersebut perlu cukup luas, selesa, dan mudah diakses oleh pengunjung.
Penyediaan Alatan Pameran dan permainan: Pihak Casio akan menyediakan alatan pameran termasuk peralatan tertentu yang berkaitan dengan konsep STEM. Alatan ini akan digunakan dalam aktiviti dan permainan yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap subjek STEM.
Hadiah kepada Pengunjung: Sebagai ganjaran dan galakan kepada pengunjung yang menyertai permainan, pihak Casio akan menyediakan hadiah menarik. Hadiah ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai murid untuk menyertai aktiviti pameran dan bermain sambil belajar.