Laman Web CTM Telah Dikemas Kini! Ahli sedia ada, sila tetapkan semula kata laluan sebelum log masuk. Pengunjung baharu, sila daftar akaun.
TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN
Tujuan Terma dan Syarat Perkhidmatan ini (“Terma Perkhidmatan”) adalah untuk menetapkan terma dan syarat bagi penyediaan Perkhidmatan (sebagaimana ditakrifkan di bawah) yang disediakan oleh Casio Computer Co., Ltd. (“CASIO”) kepada anda melalui Laman Web (sebagaimana ditakrifkan di bawah).
SILA PASTIKAN ANDA MEMBACA TERMA DAN SYARAT “TERMA PERKHIDMATAN” DI BAWAH SEBELUM MENCUBA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN.
CASIO MEMBERIKAN HAK KEPADA ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI HANYA JIKA ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI.
SEKIRANYA ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, SILA KLIK BUTANG “SETUJU” DI BAWAH.
DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, ANDA MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI.
Artikel 1 (Takrifan)
1.1 “ID” bermaksud kod unik yang digunakan oleh Pengguna bagi tujuan mengenal pasti Pengguna.
1.2 “Hak IP” bermaksud hak cipta, paten, tanda dagangan, hak utiliti, hak reka bentuk dan hak harta intelek lain (termasuk hak untuk mendapatkan atau memohon pendaftaran bagi hak-hak tersebut).
1.3 “Hak Moral” bermaksud apa-apa hak kepengarangan atau integriti dan apa-apa hak untuk menuntut kepengarangan, atau untuk membantah atau menghalang apa-apa penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian, atau tindakan lain yang menjejaskan, berhubung dengan Kandungan Yang Disiarkan, serta apa-apa hak yang serupa yang wujud di bawah undang-undang kehakiman atau statutori mana-mana negara di dunia, atau di bawah mana-mana triti, tanpa mengira sama ada hak tersebut dinamakan atau secara amnya dirujuk sebagai hak moral.
1.4 “Kandungan Yang Disiarkan” bermaksud apa-apa kandungan (termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, dokumen, lembaran kerja, komen, imej dan data lain) yang disiarkan atau selainnya dihantar kepada Laman Web oleh Pengguna menurut Terma Perkhidmatan ini.
1.5 “Perkhidmatan” bermaksud semua perkhidmatan yang disediakan oleh CASIO melalui Laman Web.
1.6 “Pengguna” bermaksud individu yang diberikan ID oleh CASIO untuk menggunakan Perkhidmatan.
1.7 “Laman Web” bermaksud laman web ini yang dikendalikan oleh CASIO.
Artikel 2 (Pemberian Lesen)
Tertakluk kepada terma dan syarat dalam Terma Perkhidmatan ini, CASIO dengan ini memberikan kepada Pengguna suatu lesen bebas royalti, tidak eksklusif, boleh ditarik balik, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan Perkhidmatan melalui Laman Web. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, lesen yang diberikan di bawah ini adalah terhad semata-mata kepada hak untuk mengakses dan melihat kandungan yang tersedia di Laman Web, termasuk Kandungan Yang Disiarkan, dan tidak termasuk apa-apa lesen untuk menyalin, mengadaptasi, menterjemah, menjadikan kandungan tersebut boleh dihantar, menghantar secara awam atau menggunakan kandungan tersebut dalam apa-apa cara lain.
Artikel 3 (Penyediaan dan Pengendalian Perkhidmatan)
3.1 Pengguna boleh menggunakan Perkhidmatan yang hanya tersedia kepada ahli dengan melog masuk ke Laman Web menggunakan ID yang diberikan kepada Pengguna. Perkhidmatan disediakan secara percuma, dan Pengguna boleh menarik diri daripada keahlian dan menghentikan penggunaan Perkhidmatan pada bila-bila masa. CASIO boleh menentukan butiran Perkhidmatan mengikut budi bicara mutlaknya. CASIO boleh menggantung sementara keseluruhan atau sebahagian Perkhidmatan tanpa notis terlebih dahulu sekiranya CASIO menentukan bahawa penggantungan tersebut diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan, kegagalan sistem, tindak balas terhadap insiden keselamatan atau sebab operasi lain.
3.2 Setelah notis terlebih dahulu diberikan melalui Laman Web, CASIO berhak untuk meminda Terma Perkhidmatan ini, dan pindaan tersebut akan berkuat kuasa satu (1) minggu selepas notis diberikan, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam notis tersebut.
3.3 Memandangkan Perkhidmatan disediakan secara percuma, CASIO boleh, pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah, meminda, menggantung atau selainnya menukar secara keseluruhan atau sebahagian, Perkhidmatan. CASIO boleh membuat perubahan kecil atau perubahan yang memberi manfaat kepada Pengguna tanpa notis terlebih dahulu. CASIO hendaklah memberikan notis terlebih dahulu selama satu (1) minggu sekiranya CASIO membuat apa-apa perubahan ketara kepada Perkhidmatan atau apa-apa perubahan yang mungkin merugikan Pengguna. CASIO hendaklah memberikan notis terlebih dahulu selama dua (2) minggu sekiranya CASIO menghentikan keseluruhan Perkhidmatan.
3.4 Sekiranya apa-apa pindaan, perubahan atau pemberhentian yang dinyatakan dalam Artikel 3.2 atau 3.3 berlaku dan Pengguna tidak bersetuju dengan pindaan, perubahan atau pemberhentian tersebut, Pengguna boleh menarik diri daripada keahlian dan menghentikan penggunaan Perkhidmatan dalam tempoh kelonggaran antara tarikh notis dengan tarikh kuat kuasa.
3.5 Apa-apa notis daripada CASIO kepada Pengguna boleh diberikan dengan menyiarkannya di Laman Web, melalui e-mel atau melalui apa-apa kaedah lain yang dianggap sesuai oleh CASIO. Notis hendaklah disifatkan telah diberikan apabila disiarkan di Laman Web atau apabila dihantar oleh CASIO.
3.6 Dalam apa jua keadaan, CASIO tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh Pengguna berhubung dengan penggantungan, pemberhentian, pengubahan, pindaan atau apa-apa perubahan lain kepada Perkhidmatan tersebut; dengan syarat bahawa perkara di atas tidak terpakai sekiranya kerosakan atau kerugian tersebut disebabkan oleh salah laku sengaja atau kecuaian melampau CASIO. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, apa-apa produk atau perkhidmatan yang disediakan kepada Pengguna oleh mana-mana pihak ketiga hasil daripada mana-mana kempen atau aktiviti seumpamanya yang dijalankan berhubung dengan Perkhidmatan bukan merupakan Perkhidmatan, dan CASIO tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh Pengguna berhubung dengan produk atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut, kecuali jika kerosakan atau kerugian tersebut disebabkan oleh salah laku sengaja atau kecuaian melampau CASIO.
Artikel 4 (ID)
4.1 Pengguna hendaklah memastikan keselamatan IDnya dan hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada CASIO mengenai apa-apa pelanggaran keselamatan atau penggunaan IDnya tanpa kebenaran.
4.2 Pengguna hendaklah bertanggungan kepada CASIO bagi apa-apa kerosakan atau kerugian berhubung dengan pelanggaran atau penggunaan tanpa kebenaran tersebut.
Artikel 5 (Sekatan)
5.1 Pengguna tidak boleh, dan tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk:
menyalin, melakukan kejuruteraan balik, menyahkompil, membongkar, mengubah, meminda, mengadaptasi, menterjemah atau mengeksport apa-apa kandungan atau program di Laman Web (termasuk Kandungan Yang Disiarkan) atau Perkhidmatan;
menyiarkan atau selainnya menghantar kepada Laman Web apa-apa kandungan yang akan melanggar atau mencabuli mana-mana Hak IP, hak privasi atau mana-mana hak lain CASIO atau pihak ketiga;
mendiskriminasi, memfitnah, mencemarkan nama atau selainnya merosakkan nama baik, reputasi atau muhibah mana-mana pihak ketiga atau CASIO melalui penggunaan Perkhidmatan;
mengganggu atau menghalang pengendalian Perkhidmatan dalam apa-apa cara, seperti melalui akses secara tidak sah kepada pelayan atau komputer lain milik CASIO;
membenarkan pihak ketiga menggunakan ID Pengguna atau Perkhidmatan;
merosakkan mana-mana hak atau harta pihak ketiga atau CASIO melalui penggunaan Perkhidmatan;
melakukan apa-apa perbuatan yang menyinggung ketenteraman awam atau kesusilaan atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan melalui penggunaan Perkhidmatan;
menggunakan Perkhidmatan bagi apa-apa tujuan komersial seperti pengiklanan, aktiviti pemasaran atau apa-apa tujuan yang serupa;
menggunakan mana-mana robot, spider, crawler, scraper, alat perlombongan data, proses automatik atau kaedah serupa untuk mengakses, mendapatkan semula, menyalin, memantau atau mengekstrak apa-apa data atau kandungan daripada Laman Web atau Perkhidmatan;
menyiarkan atau selainnya menghantar apa-apa maklumat peribadi, maklumat sulit, rahsia dagangan atau maklumat lain pihak ketiga tanpa kuasa yang sah atau persetujuan yang diperlukan;
menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti, memberikan gambaran yang salah mengenai identiti atau hubungan Pengguna, atau memberikan maklumat palsu, tidak tepat, mengelirukan atau lapuk, atau tidak membetulkan atau mengemas kini maklumat tersebut berhubung dengan pendaftaran untuk atau penggunaan Perkhidmatan;
memuat naik, menyiarkan, menghantar atau selainnya menyediakan apa-apa virus, perisian hasad, kod berbahaya atau bahan lain yang boleh merosakkan, mengganggu, melumpuhkan atau menjejaskan Laman Web, Perkhidmatan atau mana-mana sistem atau rangkaian komputer;
menggunakan Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang mengenakan atau mungkin mengenakan beban yang tidak munasabah atau terlalu besar ke atas Laman Web, Perkhidmatan atau sistem atau rangkaian CASIO;
memintas, melumpuhkan, mengganggu atau selainnya menjejaskan mana-mana ciri berkaitan keselamatan Laman Web atau Perkhidmatan;
menggunakan apa-apa kandungan yang tersedia di Laman Web, termasuk Kandungan Yang Disiarkan, bagi tujuan membangunkan, melatih, menambah baik atau mengesahkan mana-mana sistem kecerdasan buatan, model pembelajaran mesin, pangkalan data atau set data; dan
menjual, menjual semula, memindahkan, menyerah hak, meminjamkan, berkongsi atau selainnya menyediakan kepada pihak ketiga apa-apa kod pengaktifan bagi emulator kalkulator saintifik, ID atau hak akses.
5.2 Pengguna hendaklah dengan segera melaporkan kepada CASIO apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap Artikel 5.1 di atas. Sekiranya CASIO membuat pertanyaan atau meminta kerjasama Pengguna dalam apa-apa siasatan berhubung dengan sama ada sesuatu pelanggaran telah berlaku, Pengguna hendaklah dengan segera memberikan respons kepada pertanyaan atau permintaan tersebut, dan kegagalan untuk berbuat demikian akan merupakan pelanggaran terhadap Terma Perkhidmatan ini. CASIO boleh menentukan, mengikut budi bicara mutlaknya, sama ada dan bagaimana sesuatu siasatan akan dijalankan dan CASIO tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menjalankan apa-apa siasatan.
5.3 Sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran terhadap Terma Perkhidmatan ini oleh Pengguna atau sekiranya Pengguna tidak melog masuk ke Perkhidmatan selama lebih daripada satu (1) tahun, CASIO boleh, tanpa notis terlebih dahulu kepada Pengguna, menggantung penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna atau membatalkan pendaftaran ID Pengguna.
5.4 CASIO boleh mengalih keluar, melumpuhkan akses kepada atau mengehadkan paparan mana-mana Kandungan Yang Disiarkan sekiranya CASIO menentukan bahawa Kandungan Yang Disiarkan tersebut melanggar Terma Perkhidmatan ini. CASIO tidak berkewajipan untuk memantau, menyemak atau mengawal mana-mana Kandungan Yang Disiarkan.
5.5 Sekiranya apa-apa pertikaian, tuntutan, permintaan, dakwaan, prosiding atau isu lain timbul antara CASIO dengan Pengguna, atau antara CASIO dengan mana-mana pihak ketiga, akibat daripada atau berhubung dengan pelanggaran Terma Perkhidmatan ini oleh Pengguna, Pengguna hendaklah, atas tanggungjawab dan perbelanjaannya sendiri, menyelesaikan pertikaian, tuntutan, permintaan, dakwaan, prosiding atau isu lain tersebut, dan hendaklah menanggung rugi dan memastikan CASIO tidak menanggung apa-apa kerugian, kerosakan, liabiliti, kos dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah, yang ditanggung oleh CASIO berhubung dengannya.
Artikel 6 (Hak Harta Intelek)
6.1 Semua Hak IP berhubung dengan Perkhidmatan dan Laman Web hendaklah kekal menjadi hak milik CASIO dan/atau pemberi lesen CASIO. Tiada apa-apa yang terkandung di sini boleh ditafsirkan sebagai memberikan kepada Pengguna apa-apa lesen berkenaan dengan Hak IP yang dimiliki oleh CASIO dan/atau pemberi lesen CASIO.
6.2 Pengguna dengan ini memberi representasi dan waranti kepada CASIO bahawa Pengguna mempunyai hak yang sah untuk menyiarkan atau selainnya menghantar Kandungan Yang Disiarkan dan bahawa Kandungan Yang Disiarkan yang disiarkan di Laman Web tersebut tidak melanggar atau mencabuli mana-mana hak pihak ketiga.
6.3 Walau apa pun Artikel 6.1 di atas, semua Hak IP berhubung dengan Kandungan Yang Disiarkan hendaklah kekal menjadi hak milik Pengguna dan/atau pemberi lesen Pengguna.
6.4 Pengguna dengan ini memberikan kepada CASIO dan Pengguna lain suatu lesen bebas royalti, seluruh dunia, tidak eksklusif dan boleh dipindah milik (termasuk hak untuk memberikan sublesen kepada pihak ketiga) untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, meminda, menterjemah, mengedar, melupuskan, menghasilkan karya terbitan daripada atau selainnya mengeksploitasi Kandungan Yang Disiarkan semata-mata bagi tujuan pendidikan bukan untuk keuntungan atau bagi tujuan pembangunan, penambahbaikan atau pengendalian Perkhidmatan.
6.5 Pengguna dengan ini bersetuju untuk tidak melaksanakan, dan tidak menyebabkan pemberi lesen Pengguna melaksanakan, Hak Moralnya terhadap dan berhubung dengan Kandungan Yang Disiarkan.
Artikel 7 (Waranti dan Liabiliti)
7.1 PERKHIDMATAN DISEDIAKAN “SEBAGAIMANA ADANYA” TANPA SEBARANG WARANTI, DAN CASIO DENGAN NYATA MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN SYARAT, SAMA ADA DINYATAKAN SECARA NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SELAINNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA APA-APA WARANTI ATAU SYARAT BERHUBUNG DENGAN ATAU BERKAITAN DENGAN KETEPATAN, KETIADAAN PELANGGARAN, KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU.
7.2 TIADA APA-APA DALAM TERMA PERKHIDMATAN INI BOLEH MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITI CASIO BAGI KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH SALAH LAKU SENGAJA ATAU KECUAIAN MELAMPAU CASIO. SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, JIKA KEROSAKAN DISEBABKAN OLEH KECUAIAN CASIO SELAIN KECUAIAN MELAMPAU, CASIO TIDAK BERTANGGUNGAN TERHADAP APA-APA KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN PELUANG PERNIAGAAN ATAU APA-APA KEROSAKAN KHAS, TIDAK LANGSUNG, BERAKIBAT, SAMPINGAN, MENTAL, PUNITIF ATAU YANG SERUPA, SAMA ADA KEROSAKAN TERSEBUT BOLEH DIJANGKA ATAU TIDAK DAN SAMA ADA CASIO TELAH DIMAKLUMKAN ATAU TIDAK MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN TERSEBUT. HAD DAN PENGECUALIAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL 7.2 INI HENDAKLAH TERPAKAI KEPADA APA-APA KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG TIMBUL DARIPADA, BERKAITAN DENGAN ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, TERMASUK APA-APA AKSES TANPA KEBENARAN KEPADA, KEBOCORAN, KEHILANGAN, KEMUSNAHAN, PENGUBAHSUAIAN ATAU PELANGGARAN KESELAMATAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN DATA, MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DISIARKAN, SETAKAT YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.
7.3 JIKA TERMA PERKHIDMATAN INI TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA AM DALAM BIDANG KUASA PENGGUNA, HAD ATAU PENGECUALIAN WARANTI, REMEDI ATAU LIABILITI YANG TERKANDUNG DALAM ARTIKEL INI HENDAKLAH TERPAKAI KEPADA PENGGUNA SETAKAT YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG BIDANG KUASA PENGGUNA.
Artikel 8 (Tempoh Penggunaan)
8.1 Hak Pengguna untuk menggunakan Perkhidmatan hendaklah tamat apabila (i) pendaftaran ID Pengguna dibatalkan atau (ii) Perkhidmatan dihentikan.
8.2 Selepas tamat tempoh atau penamatan hak Pengguna untuk menggunakan Perkhidmatan, CASIO boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, memadamkan atau menyimpan ID Pengguna, maklumat pendaftaran, Kandungan Yang Disiarkan dan data lain setakat yang diperlukan bagi pengendalian Perkhidmatan, sandaran, pematuhan undang-undang, penyelesaian pertikaian atau perlindungan hak CASIO atau pihak ketiga. Walau bagaimanapun, CASIO hendaklah memproses data peribadi Pengguna selaras dengan Dasar Privasi CASIO dan undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai.
8.3 Artikel ini dan artikel berhubung dengan hak harta intelek, sekatan, waranti dan liabiliti, undang-undang yang mentadbir dan bidang kuasa, serta mana-mana peruntukan lain yang menurut sifatnya hendaklah terus berkuat kuasa, hendaklah kekal berkuat kuasa selepas tamat tempoh atau penamatan hak Pengguna untuk menggunakan Perkhidmatan.
Artikel 9 (Undang-undang yang Mentadbir dan Bidang Kuasa)
9.1 Terma Perkhidmatan ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Jepun.
9.2 Apa-apa pertikaian, kontroversi atau perbezaan yang timbul daripada, berhubung dengan atau berkaitan dengan Terma Perkhidmatan ini hendaklah diputuskan secara muktamad melalui timbang tara di Tokyo, Jepun, selaras dengan Kaedah-Kaedah Timbang Tara Komersial (Commercial Arbitration Rules) Persatuan Timbang Tara Komersial Jepun (Japan Commercial Arbitration Association). Bahasa yang hendak digunakan dalam timbang tara tersebut ialah bahasa Inggeris.
Artikel 10 (Bahasa)
Terma Perkhidmatan ini hendaklah dibuat dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa yang mengawal, dan apa-apa terjemahan Terma Perkhidmatan ini ke dalam mana-mana bahasa lain adalah untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak mengikat CASIO atau Pengguna.
Artikel 11 (Pelbagai)
11.1 Pengguna tidak boleh menyerah hak, memindahkan, menggadaikan atau selainnya melupuskan kedudukan kontraknya atau mana-mana hak atau obligasi di bawah Terma Perkhidmatan ini tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada CASIO.
11.2 Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan ini diputuskan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang selebihnya hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya.
11.3 Terma Perkhidmatan ini merupakan keseluruhan perjanjian antara CASIO dengan Pengguna berhubung dengan Perkhidmatan dan menggantikan mana-mana perjanjian, persefahaman atau representasi terdahulu atau semasa yang berkaitan dengan Perkhidmatan.
Tarikh Kuat Kuasa Versi Pertama: 1 September 2026