Laman web ini ditujukan untuk pendidik dan profesional pendidikan

Sila pilih kategory berdasarkan pekerjaan anda untuk mengakses laman web yang sesuai

Guru, pendidik dan profesional pendidikan

Pelajar dan pengunjung lain

Lawati Portal Produk CASIO
Skip to content

Bengkel Gakuhan Kalkulator Saintifik

Memaksimumkan penggunaan fungsi Kalkulator Saintifik melalui panduan berstruktur yang selaras dengan sukatan pelajaran Matematik KSSM. Bengkel-bengkel ini, yang dikendalikan oleh wakil CASIO, menyediakan pengajaran berasaskan topik bagi membantu pengguna mengaplikasikan ciri kalkulator secara berkesan dalam pembelajaran dan penyelesaian masalah.

Maklumat Bengkel

Objektif Program

  • Mengoptimumkan penggunaan fungsi yang terdapat pada kalkulator saintifik dengan memberi penerangan kepada guru-guru dan murid-murid melalui JPN / PPD dan sekolah di seluruh Malaysia mengikut silibus KSSM.

  • Memberi pendedahan kepada guru-guru dan murid-murid mengenai kalkulator yang boleh digunapakai dengan menerangkan spesifikasinya secara lebih lanjut. Ini secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan kekeliruan mengenai kalkulator yang dibenarkan dibawa masuk ke dewan peperiksaan.

  • Memperkenalkan beberapa fungsi baharu, di mana ia dapat meminimumkan kesalahan dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan serta sekaligus memberi impak positif kepada keputusan peperiksaan yang dihadapi oleh murid-murid.

  • Memperkenalkan teknologi terbaharu yang terdapat pada kalkulator ini serta dapat dipraktikkan di sekolah bagi menggalakkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tempoh Masa Pelaksanaan Program

  • Sepanjang sesi persekolahan.

  • Tarikh bengkel adalah mengikut kekosongan dan perbincangan antara pihak Casio dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah.

Sasaran Peserta Program

Program ini boleh diadakan pada peringkat JPN, PPD atau Sekolah dan penglibatan peserta terbahagi kepada dua ketegori iaitu:

  • Pegawai SISC +/ guru-guru Matematik
  • Murid-murid

Kaedah Pelaksanaan Program

  • Program bengkel ini boleh dijalankan secara dalam talian atau bersemuka dimana pihak JPN/PPD atau sekolah perlu menyediakan ruangan yang bersesuaian mengikut kapasiti peserta yang terlibat.

  • Bengkel yang melibatkan pegawai SISC + dan guru-guru Matematik akan dijalankan selama kurang dari 4 jam untuk diberikan pendedahan cara menggunkan Kalkulator Saintifik mengikut silibus KSSM dari Tingkatan satu hingga lima.

  • Bengkel yang melibatkan murid-murid akan dijalankan selama dua jam dan akan diberi pendedahan mengenai topik tertentu mengikut tingkatan dan tahap murid-murid. Ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman murid-murid dan menarik minat terhadap subjek Matematik. Pihak sekolah juga digalakkan untuk membahagikan sesi bengkel mengikut tingkatan dan tidak menggabungkan tingkatan. Langkah ini akan memastikan bahawa pendekatan yang diberikan lebih sesuai dengan tahap permahaman dan keperluan setiap kumpulan murid.

  • Bagi memastikan kelancaran program sepanjang dijalankan, pihak Casio akan membawa 100 unit kalkulator saintifik yang akan digunakan oleh murid-murid sepanjang bengkel. Penyediaan kalkulator saintifik ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid dalam memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep yang dibincangkan semasa bengkel.

Watch how the students enjoyed themselves​

Select a location