Laman web ini ditujukan untuk pendidik dan profesional pendidikan

Sila pilih kategory berdasarkan pekerjaan anda untuk mengakses laman web yang sesuai

Guru, pendidik dan profesional pendidikan

Pelajar dan pengunjung lain

Lawati Portal Produk CASIO
Skip to content

Tibut Inspirasi
Guru CASIO Terbaik

Tribut Inspirasi Guru Terbaik merupakan penghargaan yang diberikan oleh Casio Malaysia kepada guru-guru yang menunjukkan dedikasi luar biasa dalam dunia pendidikan. Casio amat menghargai usaha para guru dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan, dan inspirasi bukan sahaja kepada murid, malah juga kepada rakan-rakan pendidik. Semoga para guru terus maju jaya dalam mendidik anak bangsa.

Maklumat Tibut Inspirasi Guru Terbaik

Objektif Program

  • Penghargaan terhadap Dedikasi Guru: Memberi pengiktirafan kepada guru yang memberi impak yang mendalam dalam pengajaran dan pembelajaran, serta meningkatkan pencapaian pelajar melalui usaha gigih dan penuh komitmen.

  • Inovasi dalam Pengajaran: Menggalakkan penggunaan alat teknologi Casio terkini, seperti kalkulator saintifik dan perisian pendidikan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan pemahaman pelajar.

  • Kepimpinan dalam Komuniti Pendidikan: Mengiktiraf guru yang memberi kepimpinan dalam mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah serta berkongsi pengalaman dan bahan pengajaran yang inovarif dengan rakan sejawat.

  • Inspirasi kepada Rakan Pendidik: Menghargai usaha guru yang memberi inspirasi kepada guru-guru lain melalui perkongsian bahan pengajaran yang kreatif dan berkesan, serta menyemarakkan budaya pembelajaran dalam komuniti pendidikan Casio.

Sasaran Peserta

Permohonan untuk mendapatkan anugerah ini terbuka kepada semua guru seluruh Malaysia yang berdaftar sebagai Ahli Guru Casio Malaysia

Ciri-Ciri Inspirasi Guru Terbaik

  • Dedikasi dalam Pendidikan: Komitmen yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan usaha berterusan untuk meningkatkan pencapaian mereka.
  • Penggunaan Teknologi Casio dalam Pengajaran: Kemahiran dalam mengintegrasikan teknologi Casio (seperti kalkulator saintifik, alat bantu mengajar digital) dalam pengajaran untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar.
  • Inovasi dalam Penyediaan Bahan Pengajaran: Kreativiti dalam merancang dan menghasilkan bahan pengajaran yang interaktif, menarik, dan sesuai dengan keperluan pelajar masa kini.
  • Kepimpinan dan Penyebaran Ilmu: Penglibatan aktif dalam berkongsi bahan pengajaran dengan rakan sejawat melalui platform dalam talian atau seminar yang dianjurkan oleh Casio.
  • Pencapaian dalam Menggalakkan Pembelajaran Berkesan: Keupayaan guru untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan berkesan, memanfaatkan teknologi untuk mempertingkatkan pengajaran mereka.

Bentuk Penghargaan

  • Hadiah eksklusif dari Casio

Pemilihan Inspirasi Guru Terbaik

  • 30 orang guru yang bertuah

Watch how the students enjoyed themselves​

Select a location